Tuesday, November 25, 2008

Cara-cara membuat brochure:-

  • masuk microsoft word
  • tekan file pilih page setup
  • tekan lannscape bersebelahan potrait
  • kemudian page kedua tekan paper & tukar ke format A4
  • kemudian tekan ok
  • tekan format kemudian pilih colums & tekan 3 kolum atau berapa kolum yang perlu dalam membuat brochure

Saturday, November 15, 2008

!!!!!RefLeKSI!!!!!

REFLEKSI tugasan dalam IT:

Perbincangan elektronik:-

  • bagus kerana mendapat banyak respons
  • lebih cepat & mudah kerana penghantaran secara elektronik lebih cepat
  • dapat mengutarakan pandangan dengan lebih terperinci & lebih terbuka sebagai moderator & sebagai penjawab sesuatu soalan.
  • persoalan tentang pendapat & pertanyaan juga dapat dijawab dengan teliti & berhemah terutamanya tentang kejururawatan.
  • input bagaimana menjadi seorang jururawat berjaya juga diperoleh dengan baik
  • saranan untuk memudahkan pembelajaran dalam diploma kejururawatan juga bernas

Powerpoint:-

  • perancangan tugasan berjalan dengan lancar walaupun terdapat percanggahan dari segi maklumat
  • pemantauan dibuat apabila bertemu dengan rakan tugasan & juga dibuat melalui email ataupun mesej melalui telefon bimbit, bertukar-tukar pendapat akan berlaku. pemantauan juga dibuat melalui komputer peribadi yang bertujuan untuk mengedit bahan-bahan tugasan
  • objektif dicapai apabila setiap maklumat, susunan maklumat, kekemasan maklumat & isi-isi penting maklumat berjaya dikumpul dengan baik setelah diteliti berkali-kali
  • secara keseluruhannya, penggunaan persembahan multimedia dalam bidang kejururwatan amat penting walaupun telah bekerja kerana apabila peringkat yang lebih tinggi dicapai dalam bidang kejururawatan, penggunaan IT & ICT penting dalam melakukan persembahan multimedia tentang maklumat yang hendak dicapai terutamanya dalam bidang pengajaran.

Word:-

  • walaupun agak sukar dalam melakukan brosur & buku program tetapi semuanya berjalan lancar kerana kerjasama yang ditunjukan rakan-rakan yang juga membantu.
  • pemantauan dibuat dari masa ke semasa tanpa sebarang masalah walaupun banyak lagi tugasan yang perlu dibuat.
  • objektif beerjaya dicapai walaupun agak sukar dalam melakukan tugasan ini. setiap perkara berjaya dibentangkan dengan baik & teratur walaupun mengalami kesukaran dalam melakukan tugasan ini.
  • penggunaan word penting dalam menilai kerja tangan dari penyampaian maklumat tersebut berjaya ataupun tidak & penting dalam melihat objektif berjaya diketengahkan ataupun tidak.

Pencarian maklumat berdasarkan strategi metaku:-

  • perancangan dibuat berdasarkan keterangan yang diberi oleh pengajar.
  • berjaya dipraktikkan dengan betul wwalaupun agak sukar pada permulaannya.
  • objektif berjaya dicapai walaupun tidak sepenuhnya tetapi maklumat yang disampaikan tetap ada & berjaya dimasukkan ke yahoo group.
  • penilaian dibuat melalui hasil yang didapati & diterjemahkan secara ringkasan di dalam blog.
  • maklumat yang diapati penting dalam melihat perkara-perkara yang berlaku dalam bidang kejururawatan & dapat mempelajari ilmu-ilmu baru sebelum capaian peringkat yang lebih tinggi berlaku apabila ingin mencapai peringkat yang lebih tinggi dalam bidang kejururawatan.

Hamparan/helaian elektronik:-

  • mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang dipercayai & mempunyai maklumat yang lengkap & teratur.
  • pemantauan & penilaian dibuat apabila ada masa lapang. Dengan itu maklumat yang dikumpul dapat diisi dengan baik tanpa sebarang tekanan seterusnya isi yang ingin disampaikan dapat difahami dengan baik.
  • penggunaan excel sememangnya baik dalam menilai & melihat status perbelanjaan serta keluar masuk sesuatu subjek atau objek yang berkepentingan dalam melihat proses keluar masuk sesuatu perkara yang berlaku.