Friday, August 15, 2008

PERANCANGAN TUGASAN

Tajuk - HAND HYGIENE

Justifikasi Kepentingan Tajuk:-
- mengenai kebersihan kesihatan yang perlu dimulakan dengan cara mencuci tangan dengan teknik-teknik betul & ia perlu dimulakan & diamalkan dari kecil lagi.


Tujuan Persembahan:-
- untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang pentingnya cara mencuci tangan dengan betul untuk mengelakkan rebakan bakteria yang boleh mengancam kesihatan kita sebagai manusia & rebakan bakteria ini juga boleh membawa maut sekiranya oranga ramai tidak mengambil berat
tentang cara penjagaan mencuci tangan dengan betul.



Mesej Kepada Kumpulan Sasaran:-
- memastikan kumpulan sasaran dapat mempraktikan apa yang diajar sebagai permulaan
kesihatan yang baik iaitu dengan mengamalkan cara pencucian tangan dengan betul.

- memastikan kumpulan sasaran dapat mempraktikkan & mengajar semula kepada ahli keluarga, rakan sebaya, rakan sekerja dan orang ramai.

- memastikan kumpulan sasaran dapat mengetahui tentang bakteria-bakteria kecil & besar yang mampu mengancam kesihatan tubuh badan sekiranya tidak mengamalkan cara pencucian tangan dengan betul sebagai permulaan penjagaaan kesihatan.

- memastikan kumpulan sasaran dapat menggunakan & mengamalkan cara pencucian tangan yang betul dalam kehidupan seharian.

- memastikan kumpulan sasaran mengetahui tentang teknik-teknik cara pencucian yang betul & kepentingannya dalam kehidupan seharian.



Kumpulan Sasaran:-
- jururawat-jururawat
- pensyarah-pensyarah tanpa mengira bidang pengajaran
- pelajar-pelajar tanpa mengira bidang pelajaran yang diambil
- pekerja-pekerja tanpa mengira bidang pekerjaan
- orang awam tanpa mengira kecil atau besar



Bagaimana Dipersembahkan:-
- sebagai persembahan semasa sesi ceramah agar semua orang akan mendengar secara langsung & dapat menghayati sendiri kepentingan pencucian tangan dengan cara yang betul.


0 comments: